Jumaat, 13 Ogos 2010

AURAT MUSLIMAH DENGAN WANITA NON-MUSLIM

AURAT MUSLIMAH DENGAN WANITA NON-MUSLIM



Ada dua perkara yang perlu dibahaskan di sini:
1. Batas-batas aurat wanita Islam jika bersama wanita bukan Islam
2. Penempatan bersama wanita Islam bersama wanita non-muslim

Kita akan jelaskan secara tepat dan ringkas:

Pertama: Aurat wanita muslimah dihadapan wanita non-muslim

Hukum asal:

aurat wanita Islam sesama mereka ialah apa yang ada di antara pusat dan lutut.Yang menjadi isu ialah apakah hukum itu berubah jika muslimah bersama dengan wanita bukan Islam?

Para fuqaha' berselisih dalam mentafsir kalimah `au nisaa'ihinna' dalam surah anNuur:31.

Sebahagian fuqaha' (antaranya Syafi'iy, Umar alKhattab, Ibn Abbas, Mujahid, Ibn Juraij bependapat aurat wanita Islam di hadapan wanita kafirah ialah sama dengan lelaki ajnabi.Dalilnya ialah surat resmi Umar alKhattab Khalifah arRasyidin kedua kepada Gabenornya Abu Ubaidah al-Jarrah semuanya RA memerintahkan larangan diwartakan supaya wanita bukan Islam tidak boleh mandi dipermandian awam bersama dengan wanita Islam.

(Muhammad Atiyah Khamis, Fiqh anNisaa', Ms 24; Muhammad Ali asSyabuni, Tafsir Ayatu Ahkam, Jld 2, ms 161)

Sebahagian yang lain pula (Hanbali, sebahagian dari Hanafi, sebahagian dari Syafi'iy (alGhazali dan Imam FakhruRazi) dan sebahagian dari Maliki (Ibn Arabi) berpendapat aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ialah sama seperti wanita Islam sesama wanita Islam. (INILAH PENDAPAT YANG KUAT)

Menurut Imam FakhruRazi (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat:

"pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan perubahan zaman di mana hampir-hampir tidak mungkin lagi wanita Islam untuk mengasingkan diri mereka dari pandangan perempuan ahli Dzimmi."

(sumber: alSabuni, Tafsir ayat ahkam, Jld 2, ms 162), Muhammad ali al Sais, Jld 2, 164)

Bagaimana menyelaskan dua pendapat yang bertentangan ini?

alMaudoodi, seorang ulama tersohor dari Pakistan (tafheemul Qur'an surah anNuur) berpendapat jalan tengah antara dua pendapat ini ialah kita meletakkan satu lagi syarat ialah wanita Islam boleh mendedahkan auratnya yang biasa kepada wanita lain baik Islam dan kafirat ialah atas dasar akhlak dan keperibadian mereka. Wanita Islam yang baik tidak harus mendedahkan auratnya yang biasa kepada semua wanita yang fasik dan tidak ada moral baik ia wanita muslim atau bukan muslim. Inilah kedudukannya.Terserah kepada anda untuk memilih salah satu pendapat Imam-imam mujtahid tersebut.
--------------------------------------------------
Kedua: Wajarkan wanita Islam ditempatkan satu bilik dengan wanita non-muslim?

Satu kertas kerja telah dibentangkan oleh Lembaga Rujukan Hukum Syara', Jabatan Syari'ah, Fakulti Pengajian Islam, UKM-Bangi pada 20 Okt, 1987, berikut adalah sedutan dari rumusannya:

Lembaga Syari'ah UKM (1987)bersepakat bahawa ditegah lelaki/wanita Islam ditempatkan bersama lelaki/wanita bukan Islam. Nas-nas yang melarang didasarkan kepada alQur'an dan alhadis assyarif:

1. ayat 44-45 dari surah Ibrahim

"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yg berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri.."

dalam kitab Taj af Tafsir dijelaskan orang-orang yang berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri ialah orang kafir dan ahli maksiat dan ditegah untuk tinggal bersama-sama mereka.

2. ayat 110: surah anNisaa'.

"..dan janganlah kamu duduk dengan mereka (kafir dan munafik) hingga mereka masuk kepada memperkatakan
soal yang lain..."

Tafsir Jalalain (ms 83) menjelaskan mereka dalam ayat itu ialah orang kafir dan orang-orang yang memperolokkan Allah dan larangan duduk bersama mereka bermaksud tinggal bersama dengan mereka.

3. ayat 28: surah ali 'Imran

" Janganlah orang-orang beriman mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang beriman."

Tafsir al Aloosi, Ruh alMa'ani 3:120 berpendapat auliya' dalam ayat ialah teman-teman yang akrab; iaitu alQur'an melarang orang Islam menjadikan orang kafir sebagai teman yang akrab (termasuk tinggal bersama).

Larangan dari alHadis:

4. Imam Ibn Qayyim dalam al Huda, Imam Syawkani dalam Nailool Awthar, Jld 8, ms 29)
meriwayatkan dua hadis riwayat Tabarani, Ibn Majah, Abu Daud dan at Termidzi:

"saya tidak terlibat dengan (dosa) se tiap muslim yang sengaja tinggal bersama musyrikin."

5. Abu Daud dalam Sunannya

"sesiapa yang bergaul dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya, maka dia (orang Islam) telah menjadi sepertinya."

Pengecualian dalam hukum ini ialah:

1. Perkahwinan di antara lelaki Islam dan wanita Kitabiah.

2. RasuluLlah saw yang tinggal bersama pamannya Abu Talib adalah berlaku sebelum turunnya ayat-ayat larangan tersebut

3. Tidak ditegah bermu'amalat dengan orang kafir dan musyrikin seperti jualbeli, berjiran dan bekerjasama dalam urusan pekerjaan, tapi yang ditegah ialah tinggal sebilik atau hukum tinggal bersama-sama.

Sumber : Al-Ahkam Online

1 ulasan:

  1. Maaf, tapi kalau terpaksa ditempatkan sama bilik dengan orang bukan islam?? contoh untuk student asrama... dalam kes ni kita nak buat macam mana??

    BalasPadam