Ahad, 15 Ogos 2010

Lailatul Qadar

Assalamualaikom warahmatullah...

Allah SWT menceritakan kepada kita tentang apa itu malam al-qadr seperti firmanNya ..
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Alquran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam tersebut, turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Rabb-nya, mengatur segala urusan. Malam penuh kesejahteraan sampai terbit fajar."(al-Qadr :1-5)

Sayid Qutub,

penulis tafsir Fi Zilalil Quran melukiskan suasana Lailatul Qadar secara puitis.

"Namanya Malam Al-Qadar, yang kadang-kadang bererti taqdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga bererti nilai atau posisi. Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa Alquran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih bererti daripadanya. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Angka tidak bererti pembatasan, tetapi dimaksudkan adalah banyaknya nilai. Berapa ribuan bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan pengaruh apa-apa, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh berkah dan kebahagiaan Lailatul Qadar. (Fi Zilalil Quran, Juz 6, hlm. 3944-3946).

semoga kita lebih bersemangat untuk beribadah di akhir ramadhan ini.Ada lagikah ramadhan untuk kita di masa depan..?

wallahua`lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan