Rabu, 18 Ogos 2010

DARI KEJAHILAN KE ARAH KEIMANAN

Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam 'zaman kegelapan'
seolah-olah 'tiadak ada lagi harapan' untuk berubah. Kadangkala setiap
kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan
kejian yang kita lontarkan kepada mereka.

'Kompom masuk neraka nih!'
'Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? '
Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui
'zaman kegelapan' yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees,
zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman
kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya
mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita
melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman
kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui
zaman-zaman kegelapan.
Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian.
Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa
yang kita perkatakan.






Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Al-Ankabut:2

Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan
orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia
lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja
boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis
berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi
sekarang? Antaranya;

Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh)

Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas

Azmil Mustafa (Ali Setan)

Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas

Mel (ex-Vocalist Wings)

Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid

Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage)

Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas.

Wilma (Model dan Pelakon)


Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh

dan ramai lagi kalau nak sebut mcm Noor Kumalasari, Wardina, Lan A to Z
dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh
berubah menjadi lebih baik.

Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam
zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok… tunjukkan
akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam,
akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi
kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak
kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka
agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga
untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui
sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.

Nabi Muhammad saw selalu berdoa;

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

'Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu'
(Sahih, Riwayat al-Tirmizi)
Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada
buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada
baik kemudian kembali menjadi buruk.
dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah,
jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah..
Allah akan bantu anda!



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan
kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya
(mencapai kemenangan) Ali Imran:200




Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah,
bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan
berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat
anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang
orang kata kat kita.


'Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yg beriman.'Surah Al-Imran ayat: 139

Tiada ulasan:

Catat Ulasan