Khamis, 12 Ogos 2010

Melayu Diperbodohkan Setelah Sekian Lama

Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem
Melayu mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di
tangan orang Portugis, kemudian Belanda, kemudian
Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan
Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini
dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan
panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang,
pistol dan meriam.

Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang
jauh lebih canggih daripada tentera Portugis, Belanda
dan Inggeris. Dan Melayu di zaman Empayar Islam Melaka
maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris
dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun
dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi
Melayu telah dibangangkan bahawa Melayu ini mundur,
tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan
canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat
paku pun tak tahu.

Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan
orang Melayu di zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih
hebat daripada orang Eropah.

Diterjemah dari laman web
http://www.asiafine st.com/forum/ index.php? showtopic= 27058&hl=

Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh
orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api.
Bukti kegiatan ini telah didokumenkan oleh W Linehan
dalam penulisan beliau bertajuk “Beberapa Pertemuan Di
Tembeling”. Di tebing Sungai Tembeling di Semenanjung
Malaysia, dia telah menjumpai beberapa acuan untuk
membuat meriam pada abad ke 13 dan 14.

Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque,
pembuatan senjata api orang-orang Melaka adalah
setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya
lebih baik dari orang Portugis, tetapi senjata yang
terbaik ketika itu adalah dari kerajaan Uthmaniah
Turki. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka
menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang
begitu besar yang Alfonso telah menghantar ke
sekutunya di India iaitu Zamorin dari Calicut.

Meriam-meriam yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu
terdiri dari pelbagai mutu. Yang paling kuat dibuat
oleh sultan yang kaya. Meriam-meriam orang Melayu yang
terbaik dengan mudah dapat menghancurkan kapal-kapal
perang Eropah ; antaranya Syarikat Belanda India Timur
hilang kapal perangnya apabila mereka menyerang
Makassar pada tahun 1667 dan satu lagi pada abad ke 18
apabila mereka menyerang orang Bugis di Bintan.
Meriam-meriam yang dihasilkan oleh orang Makassar
adalah dari kualiti yang tinggi yang diminta sebagai
ganti rugi oleh orang Belanda (walaupun orang Belanda
yang memulakan peperangan).

Kerajaan Melayu Siam juga telah membuat meriam-meriam
yang terbaik di Pattani. Dalam tahun 1571 mereka telah
menyiapkan dua meriam yang berukuran 22 kaki dan 7
inci. Meriam-meriam ini amat berjasa dalam
mempertahankan Pattani daripada beberapa serangan Siam
selama lebih dua ratus tahun. Pattani akhirnya tewas
di tangan Siam pada tahun 1786 dan meriam-meriam besar
Pattani telah dibawa ke Bangkok. Salah satu meriam,
Seri Negeri jatuh ke dalam laut ketika hendak dibawa.
Yang satu lagi Seri Patani dipamerkan di Kementerian
Pertahanan Thailand.

Alahai, Melayu dibangangkan sejak sekian lama, yang
lelaki dengan imej keris dan perempuan dengan imej
berkemban. Sepatutnya lelaki dengan imej pistol atau
senapang dan perempuan dengan tudungnya. Melayu lebih
canggih dan mempunyai kepakaran yang bukan setanding
tapi lebih hebat dari orang Eropah, walaupun dengan
berBahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi.

Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang

Sudi-sudi layari blog http://waghih. blogspot. com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan