Ahad, 15 Ogos 2010

HUKUM MENYEDIAKAN KENDURI KEMATIAN (1)

MUQADDIMAH

Sudah menjadi lumrah kepada orang melayu beragama islam di tanah air kita, apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, maka ahli keluarga si mati itu akan menyediakan makanan dan minuman.

Pada kebiasaannya, keluarga si mati akan memasak dan menyediakan nasi bungkus mengikut bilangan orang yang hadir bersembahyang jenazah atau mengikut jumlah orang yang terlibat memberi pertolongan mentajhizkan mayat, termasuk penggali kubur dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus akan diedar dan dibahagi-bahagikan kepada setiap orang yang turun dari rumah.

Kemudian, pada malam pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil kepada ruh si mati, dan sesudah majlis tahlil, keluarga si mati akan menghidangkan makanan dan minuman kepada jiran dan para jamaah yang hadir, sama ada jamuan ringan atau jamuan berat mengikut qadar kemampuan masing-masing. Manakalah pada malam ke-3, ke-7, ke-20, ke-40 dan ke-100 pula, pada kebiasaannya akan dihidangkan jamuan nasi dengan aneka masakan yang enak-enak. Kemudian, setiap malam jumaat selepas hari ke-7 hingga hari ke-40 atau kadang-kadang sehingga hari ke-100, diadakan lagi majlis-majlis tahlil, dengan setiap lepas tahlil akan dihidangkan pelbagai hidangan dan masakan oleh ahli si mati.

Pendek kata, menjamu makanan dan minuman selepas kematian telah menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli si mati, sama ada mereka terdiri dari orang kaya atau kurang berada. Kalau tidak dibuat, nescaya akan dicela oleh jiran tetangganya, kaum kerabatnya dan sahabat handainya. Bukan setakat dicemuh, malahan keluarga si mati yang tidak menurut resam turun temurun itu akan dipandang serong oleh masyarakat sekitar. Bermacam-macam tuduhan dan cemuhan dilemparkan kepada ahli si mati yang tidak mengikut adat tradisi itu. Umpamanya dikatakan kedekut, bakhil, tidak mengenang jasa si mati atau juga dikatakan seperti mengambus batang pisang dan sebagainya.

Itulah antara ungkapan dan ujaran yang menggambarkan kejinya sesiapa yang meninggalkan tradisi tersebut, sebahagian besar dari kalangan umat islam menganggap dari ajaran islam yang penting yang tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut dilakukan oleh orang-orang yang berpengatahuan agama. Sama ada dari lepasan madrasah-madrasah pondok atau lepsan dari sekolah-sekolah arab/agama. Mana-mana individu yang mengkritik adat resam itu akan dicap dan dilablekan sebagai kaum muda yang hendak merusakkan ajaran islam yang suci.

Walaubagaimanapun ada jugak segolongan kecil umat islam di negara kita yang berpendapat bahawa membuat dan menjamu makanan selepas kematian adalah amalan bid'ah yang perlu ditinggalkan, kerana ia tidak pernah dibuat atau dilakukan oleh rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya.

KEMBALI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

Penyusun merasa terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perbincangan masalah perselisihan yang tidak ada kesudahan ini, dengan harapan semoga masyarakat kita, khususnya alim ulamak dan bijak pandai islam, dapat menilai siapakah yang sebenarnya berada di pihak yang hak dan siapakah yang berada dipihak yang kabur dalam masalah yang dinyatakan.

Ulamak silam telah membentangkan kepada kita mengenai hukum sebenar membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas berlaku kematian. Antaranya ialah dengan cara membawa hadis-hadis yang menjelaskan secara khusus mengenai perkara ini:

1) Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abdulllah bin Ja'far, beliau berkata apabila tiba berita kematian Ja'far (bin Abi Talib) nabi bersabda:


Maksudnya: "Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar (isteri-isteri dan anak-anaknya). Sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka.

Dalam Hadis diatas, rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengharapkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan keluarga si mati agar membuat makanan kepada mereka yang ditimpakan musibah dan dukacita kematian. Ja'afar bin Abi Talib telah mati syahid dalam peperangan mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Sebaik sahaja berita kematian sampai, nabi menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada ahlinya bagi meringankan beban dukacita ahli keluarga si mati dengan memberi makan kepada mereka.


2) Hadis Jarir bin Abdullah Radiallahu anhu katanya:


Maksudnya: "Kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian".

(Diriwayatkan oelh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih).

Hadis diatas menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai yang berhimpun dirumah ahli si mati dan memakan makanan yang dimasak dan disediakan oleh ahli si mati adalah sebahagian dari perbuatan ratapan kematian. Dan ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliyyah yang hukumnya adalah haram sebagaimana dimaklumi.


Ahli si mati tidak patut membuat makanan dan memberi makan atau menjamu orang lain kerana perbuatan itu tidak disyara'kan.

Dibawah ini diperturunkan pesanan beberapa ulama' besar lagi mujtahid:


1) Imam al-Syafie menegaskan dalam kitabnya al-Umm:

a)

Maksudnya:"Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberi makan kepada ahli mayat (si mati), yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana itu adalah sunnah dan itu juga ingatan (zikir) yang mulia, dan ianya adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita. Ini kerana apabila tiba berita kematian Ja'afar, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

Buatlah kamu makan kepada keluarga Ja'afar kerana telah datang perkara yang mengharukan kepada mereka."



b)

Maksudnya: "Aku benci diadakan ma'tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharuan dukacita dan membebankan tanggungan"

(Muhammad Idris al-Syafie, al-Umm, juzuk 1 halaman 278-279)


2) Kata Imam Nawawi adalam kitab al-Majmu': Telah berkata Imam al-Syafie dalam al-Mukhtasar:

"Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan kepada jirannya yang membuat makanan kepada ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Sesungguhnya ia adalah sunnah yang dilakukan oleh golongan yang baik-baik. Kata ashab kita (ulama fiqh syafie):

Membuat pelawaan sungguh-sungguh supaya ahli si mati itu makan, walaupun mayat berada dinegeri lain, juga disunatkan kepada jiran keluarga si mati membuat makanan untuk mereka."

(Imam Nawawi, al-Majmuk Syarah Muhazzab, Juzuk 5, halaman 286)


3) Sahib al-Syamail dan orang lain berpendapat:

"Ahli si mati membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai supaya makna, maka tidak ada sumber sedikit pun yrang diriwayatkan, bahkan perbuatan itu bid'ah yang tidak disukai. Beliau membuat dalil dengan hadis Jarir bin Abdullah radiallahu anhu yang berkata"


4) Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

"Manakalah ahli si mati membuat makan dan memanggil orang ramai supaya memakannya, adalah perbuatan itu tidak disyara'kan bahkan ianya bid'ah, berdasar kepada hadis Jarir bin Abdullah yang berkata:

"Kami mengira membuat makan untuk dijamu kepada orang ramai adalah sebahagian dari ratapan jahiliyyah"

(Majmu' Fatawa Syeikh al-Islam Ibnu Tamiyyah, juzuk 24 Halaman 316)


5) Di dalam kitab Fiqh al-Sunnah ada disebut:

"Disunatkan membuat makanan kepada ahli si mati, kerana ianya dari perkara kebajikan dan taqarrub kepada Allah dari jiran tetangga dan dari kaum kerabat (yang jauh).

Imam al-Syafie berkata:

"Aku suka kaum kerabat si mati membuat dan memberi makan kepada ahli si mati, yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana ia adalah sunnah dan daripada perubatan golongan yang baik-baik".


Ulamak mengatakan sunnah mempelawa sungguh-sungguh supaya ahli si mati memakan makanan yang diberikan itu supaya mereka tidak menjadi lemah lantaran tidak menjamah makanan yang disebabkan terlampau terkejut dengan peristiwa kematian atau dengan perasaan segan. Imam-imam mazhab telah bersepakat bahawa hukumnya adalah makruh bagi ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai yang berkumpul kepada ahli si mati, kerana perbuatan itu menambahkan lagi musibah keatas mereka dan memperbanyak lagi kesibukan di atas kesibukan yang telah sedia ada, dan perbuatan itu tak ubah seperti kelakuan golongan jahiliyyah. Hujah ini berdasarkan kepada hadis Jarir bin Abdullah yang berkata:

"Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannnya adalah dari ratapan kematian"

Setengah ulamak mengatakan hukumnya adalah haram bagi ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai".

(Sayid Sabiq, Fiqh Sunnah, 1, Halaman 427-428)



6) Di dalam kitab Hukmu al-Qira'ah lil Amwat ada disebut:

"Antara bid'ah yang diharamkan ialah ahli si mati memberi makan kepada orang yang memberi takziah atau memberi makan kepada faqir miskin selepas mengiring jenazah, dan pada hari khasmis, pada hari ke-3, pada hari ke-40 dan tahunan (haul).

Yang sunnahnya ialah sahabat handai dan jiran tetangga memberi makan kepada ahli si mati kerana hadis nabi:

"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar kerana sesungguhnya telah datang perkara yang mengharukan mereka"

(Diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan selainnya dengan sanad yang sahih)

Maka Alangkah jauhnya Perbezaan antara al-sunnah dengan bid'ah.

(Muhammad Ahmad Abdul al-Salam, Hukmu al-Qur'an lil Amwat, halaman 25)



7) Didalam Kitab "Ahkam al-Janaiz wa bid'aha" ada disebut, antara amalan bid'ah ialah:

a) Ahli si mati menerima dif tetamu dengan memberi makan kepada mereka.

b) Menerima panggilan jamuan makanan daripada ahli si mati.

(Muhammad Nasir al-Albani, Ahkam al-Janaiz wa Bid'ahah, halaman 256)



SUNNAH MEMBUAT MAKAN UNTUK AHLI SI MATI = PENDAPAT 4 MAZHAB

Selepas kita mengikuti perbincangan dari ulamak dan ulamak mujtahid mengenai membuat dan menjamu makanan selepas kematian, atau dengan lain perkataan membuat kenduri jamuan makan selepas kematina, maka dapat difahamkan dari ulasan dan penerangan itu bahawa amatlah berbeza sekali apa yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat islam kita pada hari ini, keran amalan mereka membuat kenduri jamuan makan selepas kematian adalah bercanggah dengan sunnah Nabi sallallahu alaihi wasallam dan sunah sahabat-sahabat dan bertentangan dengan fatwa-fatwa ulamak. Oleh kerana perkara ini sangat tebal diamalkan dalam masyarakat islam melayu kita, maka penyusun merasa mustahak membentangkan pula kepada pembaca pendapat fuqaha' dari 4 Imam Mazhab sebagai berikut:


1) Mazhab Maliki:

Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si mati kerana kesibukan mereka menghadapi kematian.


2) Mazhab Hanafi:

Disunatkan kepda jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".

Oleh kerana memberi makan itu suatu perkara kebaikan dan ma'ruf, maka dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka supaya makan, kerana kesedihan telah menghalang mereka daripada memakan makanan dan menyebabkan mereka menjadi lemah.


3) Mazhab Hanbali:

Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati dan dihantar makanan itu kepada mereka bagi memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk dengan ujian yang diterima, juga sibuk denga kunjungan orang ramai yang datang menemui mereka, menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan amakan untuk diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja'afar, beliau berkata:

"Apabila tiba berita kematian Ja'afar (bin Abi Talib), Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabada:

"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar, beliau berkata: "Sentiasa sunnah nabi itu menjadi ikutan kami (sahabat nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia yang meninggalkannnya (yakni sehingga sunnah itu ditinggalkan dan tidak diamalkan oleh kebanyakan orang)".



4) Mazhab Syafie:

Sebagaimana disebut dalam Kitab al-Muhazzab oleh Imam al-Syirazi (Abu Ishak Ibrahim Al-Syirazi, wafat pada 476 Hijrah bersamaan 1083 biladiyah, beliau termasuk antara ulamak yang agung dan mujtahid dalam mazhab syafie)


(Isteri/suami dan anak-anaknya) kerana diriwayatkan apabila Ja'afar bin Abu Talib terbunuh, nabi bersabda:

¡°Hendaklah Kamu membuat makanan kepada Ahli Ja'afar sesunggunya telah datang kepada merka perkara yang mengharukan mereka¡±

Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmuk, syarah kepada Kitab al-Muhazzab, katanya: "Imam Syafie berkata di dalam kitab al-Mukhtasar

"Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sesungguhnya perbuatan itu ialah sunnah dan diamalkan oleh golongan yang baik-baik."

Telah berkata ashab kita (ulamak fiqh syafie):

"Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (ahli si mati) supaya mereka makan, dan walaupun mayat itu berada di negeri lain sekalipun, adalah disunatkan juga kepada jiran tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk mereka.

Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam 4 mazhab mengenai membuat dan menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, maka kita dapati semua mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya adalah sunat bagi jiran tetangga dan kaum kerabat yang jauh membuat makanan kepada mereka. Bukan mereka membuat makanan dan menjamu jiran dan orang ramai apabila berlaku sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita pada hari ini.



MAKRUH AHLI SI MATI MEMBUAT MAKANAN UNTUK DIJAMU KEPADA ORANG RAMAI - PENDAPAT 4 MAZHAB

Sebagaimana telah dikatakan, adat resam ini telah menjadi amalan sebahagian besar masyarakat islam dinegara kita, malah ada sesetengah bijak pandai islam sendiri mempertahankan tradisi ini, tanpa berpegang kepada dalil-dalil dan hujah-hujah yang kukuh.

Bagi memahami permasalahan ini, ada baiknya dibentangkan dahulu nas atau teks asal dalam bahasa arab oleh ulamak dari 4 mazhab, kemudian diiringi dengan maksudnya dalam bahasa melayu.


Pendapat mazhab Maliki:
Maksudnya:"Perhimpunan orang ramai pada makanan dirumah si mati adalah bid'ah yang makruh(dibenci), tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikit pun, dan ia bukan tempatnya yang sepatut dan ianya dicela."

(Syarah al-Saghir Wahasyiah al-Sahawi, Juzuk 1 halaman 199)


Mazhab Syafie:


Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpun mereka kepada makanan itu, maka ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikitpun, dan perbuatan itu bid'ah yang tidak disunatkan. Berdalil dengan hadis Jarir bin Abdullah radiallahu anhu

"Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian:"

(al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, juzuk 5 halaman 286)


Mazhab Hanbali:


Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai, maka hukumnya makruh, keranan perbuatan itu menambahkan lagi ke atas musibah mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan ke atasnya kesibukan mereka yang sedia ada dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliyyah.

(al-Mughni oleh Ibnu Qudamah al-Hanbali, Juzuk 2 halaman 550)

Tetapi dalam mazhab Hanbali ini ada pengecualiannya, iaitu jika terpaksa ahli si mati membuat makanan kepada orang yang datang dari perkampungan atau dari tempat-tempat yang jauh untuk menziarahi mayat, dan mereka terpaksa bermalam dirumah mereka (ahli si mati), maka tak dapat tidak ahli si mati terpaksa menerima mereka sebagai tetamu. Maka pada ketika itu hukumnya boleh memberi mereka makan.

Mazhab Hanafi:


Maksudnya: "Hukumnya adalah makruh ahli si mati menerima tetamu dengan memberi makan kepada mereka, kerana yang demikian itu hanya disyara'kan pada waktu gembira bukan pada waktu tak baik (waktu sedih selepas kematian), dan ianya suatu bid'ah yang keji.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih dari Jarir bin Abdullah, katanya:

"Kami mengira perhimpunan kepada keluarga si mati dan mereka membuat makanan (untuk dijamu kepada orang yang berhimpun itu) adalah dari ratapan kematian"

(Fathu al-Qadir Syarah al-Hidayah Fiqh al-Hanafiah, juzuk 1 Halaman 473)



HUJAH DARI KITAB-KITAB JAWI

Selepas pembentangan pendapat-pendapat ulamak dari 4 mazhab , penyusun bentangkan pula pendapat ulamak kita dalam mazhab syafie yang ditulis dalam bhasa melayu lama tulisan jawi. Ulamak besar yang berkemampuan tinggi didalam agama dan bahasa arab ini banyak mengarang kitab-kitab agama dalam bahasa melayu tulisan jawi. Kebanyakan kitab-kitahb karangan mereka menjadi rujukan utama kepada penuntut-penuntut di madrasah-madrasah pondok pada zaman dahulu dan malah sehingga sekarang.

Kitab Furuk al-Masail

Antara lain yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah:

"Hukumnya makruh, di cela oleh syara', amalan yang dibuat oleh orang ramai apa yang dinamakan kifarat dan wahsyah (maksudnya apabila keluarga si mati terputus dengan orang yang dikasihinya, mereka merasai dukacita, kesunyian, kesepian dan sebagainya. Lalu mereka berhimpun dan memberi makan kepada orang ramai seperti yang tersebut itu.) iaitu berkumpul dan berhimpun serta memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, berhimpun dan memberi makan pada 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya.

Teks atau nas asalnya berbunyi:

:"Dan demikian lagi yang dikerjakan manusian dengan barang yang dinamakan dia dengan kafarat dan dairpada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan 7 harinya dan 20 dan 40 dan umapamanya, yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus? (maka dijawabnya)

Maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syara' kerana tegah pada syarak kata syeikh Ibnu Hajar tiada sah wasiatnya"

(Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Furu' al-Masail Juzuk 1 halaman 183)


Dari kitab Sabil al-Muhtadin:

Ringkasan dari kitab ini ialah:

a) Hukumnya bid'ah dan makruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian dan dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu diberi sebelum mayat dikebumikan atau selepas dikebumikan.

b) Juga hukumnya makruh dan bid'ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu dan menghadirinya.

Nas asalnya berbunyi:

"Dan makruh lagi bid'ah bagi yang kematian memperbuat makan yang diserukannya manusia atas memakan dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian olagi makruh lagi bid'ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan."

(Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari, Sabil al-Muhtadin, juzuk 2 halaman 83)


Dari Kitab Kasyfu al-Latsam:

Ringkasan dari kitab ini ialah:

a) Hukumnya makruh, dicela oleh syarak bila ahli si mati memberi makan kepada orang ramai sebelum atau selepas pengkebumiannya mayat.

b) Hukumnyua makruh, dicela oleh syarak, membuat penyembelihan di kubur.

c) Hukumnya makruh, dicela oleh syara', apa yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu berhimpun dengan memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya seperti yang tersebut.

Nas atau teks asalnya berbunyi:

"Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian lagi dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kafarat dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan 7 hari dan 20 hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut i tu makruh yang dicela oleh syara' kerana tegah pada syara."

(Kitab Kasyf al-Latsam, juzuk 1 halaman 85)


Dari Kitab Bughyatu al-Tulab:

Ringkasan dari kitab ini antara lain ialah:

a) Sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati dan kepada kaum kerabat yang jauh, membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.

b) Hukumnya makruh dan bid'ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum atau selepas pengkebumian mayat.

c) Hukumnya bid'ah yang buruk lagi makruh jika diamalkan oleh orang ramai apa yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu perhimpunan dengan memberi makan kepada orang ramai selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 40 hari dan seumpamanya seperti yang tersebut.

d) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

"Buatlah kamu makan kepada ahli Ja'far, sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka."

Teks asal kitab berbunyi:

"Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekali pun, dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh2 akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu....

dan makruh lagi bid'ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan (menyerukan) segala manusia atas memakan dia, sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid'ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenakan seruannya.

dan setengah daripada qabihat lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kafarat dan wahsyah dan 7 hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu....

Ada pun asal sunat mensediakan makanan itu pada barang yang dahlunya sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam, tatkala datang khabar kematian saidina Ja'afar bin Abu Talib pada perang mu'tah, perbuat oleh mu bagi keluarga Ja'afar makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu. "

( Syeikh Daud bin Abdullah alFatani Bughyatu al-Tulab, Juzuk 3 Halaman 33-34)




Dari Kitab Bahru al-Mazi

Ringkasan yang diambil dari kitab ini mengenai tajuk berkenan antara lain seperti berikut:

a) Ahli si mati (isteri/suami, anak-anaknya) memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu makanan kepada mereka, maka amalan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh dipegang dan di ikuti dari Nabi (sallallahu alaihi wasallam) dan dari sahabatnya.

b) Hukumnya bid'ah dan makruh jika ahli si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan menjamu makanan itu kepada mereka kerana berpandu kepada hadis Jarir bin Abdullah katanya:

"Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian."

c) sunat kepada kaum kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak atau membuat makanan dan diberi makan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Dan berkata Imam Syafie rahimahullah:

"Aku suka kepada kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak makan kepada ahli si mati yang mencukupi sehari semalam kerana ianya sunat dan perbuatan golongan yang baik-baik.

(Bahru al-Mazi, juzuk 7 halaman 129-130)


KESIMPULAN

Adat kebiasaan menjemput, menghimpun orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh ahli si mati sebelum atau selepas pengkebumian mayat telah menjadi agenda utama kepada sebahagian masyarakat kita selepas berlaku kematian. Adat seperti ini perlu dihapuskan dengan segera supaya tidak bertapak lagi, kerana ia bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan sunnah sahabatnya alaihimussolati wasalam.

Setengah rakan-rakan kita yang tidak peka dengan sunnah Nabi sallallahu alaihi wasallam sanggup mendakwa bahawa masalah ini adalah termasuk perkara yang remeh dan tidak penting.

Persoalannya ialah: Apakah perbelanjaan yang melibatkan beratus, malahan beribu ringgit kepada tempat yang bid'ah dan makruh itu termasuk perkara yang remeh temeh?

Semua ajaran Islam adalah penting dan memberikan mizan di akhirat nanti. Oleh itu hendaklah kita masuk ke dalam ajaran islam semuanya!!! Tanpa menerima separuh dan menolak separuh yang lain.

Ulamak silam telah bersepakat kata, termasuk ahli fuqahak dari 4 mazhab bahawa:

a) Makruh dan bid'ah apabila ahli si mati memasak dan menjamu makanan kepada orang ramai yang berhimpun di rumah mereka.

b) Sunnah dan digalakkan kepada jiran tetangga dan kepada kaum kerabat si mati memasak dan memberi makan kepada ahli si mati bukan mereka (ahli si mati) yang menjamu makanan kepada jiran dan orang ramai.

c) Perhimpunan kenduri memberi makan kepada malam pertam selepas kematian, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya. Semuanya itu hukumnya makruh dan dicela oleh syara'. Amalan dan perbuatan itu dinamakan "Kaffarah dan wahsyah".

Setakat pembacaan penyusun dalam tajuk ini, tidak ditemui seorang ulamak pun yang mengatakan hukumnya sunat bagi ahli si mati memberi makan kepada orang ramai selepas berlaku kematian sebagaimana yang telah teradat dalam masyarakat kita, bahkan semuanya mengatakan bid'ah dan makruh. Termasuk ulamak besar dari mazhab Syafie sepeti Imam Nawawi, Imam Syirazi, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari dan lain-lain lagi.

Kita merasa aneh dan hairan apabila dituduh dan dicapkan kaum muda ke atas orang yang menyebarkan pendapat-pendapat kibarul ulamak (ulamak agung) silam, termasuk ulamak mujtahidin dari 4 mazhab yang mengatakan bid'ah dan makruh apabila ahli si mati berhimpun dan memberi makan kepada orang ramai dan jugak mengatakan bid'ah dan makruh bagi mereka yang menyahut seruan dan panggilannya.

Soalannya: Siapakah sebenarnya yang didakwa sebagai kaum muda?

Adakah mereka yang mempertahankan pendapat-pendapat dari ulamak tersebut? Atau adkah kaum muda yang sebenarnya ialah mereka yang mempertahankan adat istiadat itu dan membelakangkan pendapat ulamak2 berkenaan tanpa berpegang kepada dalil-dalil yang benar dan kukuh.

Imam Ishak Ibrahim al-Syirazi umpamanya (wafat pada tahun 477 H bersamaan 1083 M), demikian juga Kibarul Ulamak yang lain termasuk Syeikh Daud Abdullah al-Fatani dan Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari, semuanya hidup pada zaman lampau. Oleh itu tidak masuk akal kalau mereka dilabelkan sebagai kaum muda atas alasan bahawa sesetengah hukum yang dikeluarkan oleh mereka itu berlawanan dengan kehendak dan adat masyarakat Islam.


Ada jugak di antara pensyarah-pensyarah agama dan pendakwah-pendakwah yang membela adat istiadat seperti itu dan mendakwa hukumnya adalah sunat bagi keluarga si mati membuat kenduri kepada ruh si mati dengan memberi makan kepada orang ramai selepas majlis tahlil diadakan. Mereka bukan sahaja menggalakkan masysarakat islam supaya meneruskan amalan tersebut, malahan jugak menuduh mana-mana pihak yang mendedahkan hukum sebenar masalah itu sebagai orang yang berjalan tanpa haluan dan arah atau sebagai orang yang tidak mempunyai ilmu yang cukup.

Ada pulak diantara mereka mengatakan bahawa masalah ini sudah selesai, kerana ia telah dijawab oleh tok-tok guru itu dan pak lebaik ini, dan bermacam-macam lagi kata-kata yang memberi sokongan ke arah mengekalkan tradiisi dan adat berkenaan.

Jawapannya, kami bukannya mengeluarkan fatwa dan menciptakan hukum baru, tetapi kami hanya memaparkan dan mendedahkan ketetapan hukum yang telah diputuskan oleh kibarul ulamak dan ulamak mujtahidin mengenai bid'ah dan makruh apabila ahli mayat berhimpun dan memberi makan kepada orang ramai selepas kematian.

Pada hemah kami, kalau dibandingkan alim antara kami dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani pun jaraknya beribu batu. Sebab itulah kami berpegang teguh dengan ketetapan hukum yang telah ditetapkan oleh mereka itu, kerana dalil-dalil dan hujah-hujah yang dibentangkan oleh mereka amat teguh dan tidak dapat dipertikaikan.

Apakah mereka yang masih berpegang dengan adat istiadat mempunyai dalil-dalil yang tidak dijumpai oleh ulamak mujtahidin itu? Adakah hujah yang dipegang oleh mereka lebih kuat daripada hujah yang dipegang oleh ulamak mujtahidin?

Sanggupkah kita membatalkan hukum bid'ah dan makruh yang ditetapkan oleh mereka untuk diganti dengan hukum sunat, sedangkan kita tidak mempunyai dalil-dalil yang kukuh

Keputusan oleh ulamak mujtahidin bukan boleh dijawab dengan sewenang-wenang seperti jawapan yang kita kemukakan kepada rakan sebaya kita. Kita tidak boleh menolak keputusan mereka itu dengan sebarang alasan sahaja, kerana selain dari dalil-dalil naqli yang telah disebut itu, ulamak mujtahidin banyak mengemukan kepada kita dalil-dalil aqli yang sangat munasabah dan logik . Antaranya:

1) Menghimpunkan orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh ahli si mati adalah tidak pada tempatnya yang layak dan munasabah dan ianya dicela oleh syarak.

2) Ahli si mati membuat makanan untuk dberi makan kepada orang ramai menambahkan lagi musibah mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan mereka di atas kesibukan yang telah sedia ada, dan perbuatan itu seperti kelakuan golongan jahiliyyah.

3) Hukumnya makruh dan bid'ah yang buruk apabila ahli si mati menerima tetamu dengan memeri makan kepada mereka, kerana penerimaan tetamu dengan membeir makan hanya disyara'kan semasa dalam kegembiraan, bukan semasa bermuram dan bersedih, kecuali jika tetamu itu datang dari tempat yang jauh dan terpaksa bermalam di rumah keluarga si mati untuk menziarahi mayat. Ketika itu sahaja dibolehkan memberi makan.





CADANGANNYA:

1) Apabila berlaku sesuaTU kematian di dalam keluarga umat islam disarankan supaya mengelak daripada terikut-ikut dengan adat kebiasaan memasak dan memberi makan kepada orang ramai, sama ada sebelum atau selepas pengkembumian mayat.

2) Hendaklah menjauhkan diri dari melakukan amalan yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu berhimpun untuk memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya.

3) Hentikan helah atau muslihat, takwil dan qias yang tidak sihat dengan pelbagai cara bagi mengekalkan unsur-unsur bid'ah selepas kematian.

4) Diharap mendapat kerjasama umat islam dari semua piha, terutama dari bijak pandai islam bagi menghapuskan unsur-unsur bid'ah tersebut.

5) Dicadangkan segala derma takziah yang diterima oleh keluarga si mati diinfak atau dibelanjakan pada sedekah-sedekah jariah untuk ruh si mati, seperti membina masjid, membangungkan sekolah-sekoklah pendidikan islam, pusat-pusat tahfiz al-qur'an dan sebagainya. Derma takziah itu jugak boleh disumbangkan kepada segala jenis "fi sabilillah".

6) Dicadangkan kepada masyarakat islam disemua peringkat agar dapat menukarkan bid'ah itu dengan al-sunnah dari Nabi dan sahabat, iaitu jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat handai kepada ahli si mati yang memberi makan kepada keluarga si mati.

Selesai.

(Inilah juga pandangan yang dipakai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ismail Kamus)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan