Jumaat, 13 Ogos 2010

Satu hari satu hadis

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Kamu semua adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab (ditanya oleh Allah di akhirat nanti) di atas orang yang kamu pimpin itu. Imam adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap orang yang dia pimpin itu. Seorang suami juga merupakan pemimpin kepada seluruh ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap orang yang dia pimpin itu. Begitu juga seorang isteri merupakan pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap orang yang dia pimpin itu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan Hadis:

1- Tanggungjawab seseorang terhadap dirinya dan ahli keluarganya.
2- Tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarganya seperti memberi nafkah dan mengambil berat tentang mereka, begitu juga dengan tanggungjawab isteri di dalam menjaga rumah tangga, pendidikan anak, menyimpan rahsia rumah tangga, amanah dan menjaga diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan