Ahad, 15 Ogos 2010

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk
melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap
masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi
memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan
dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda
pemudi ialah:-

~ Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
~ Usia yang mengalir darah yang gemuruh
~ Usia yang tinggi idealisme yang luas
~ Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
~ Usia yang menabur jasa, memberi kesan.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam
yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang
dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau
mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

~ Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
~ Generasi amal dan membina jama'iy
~ Generasi rabbani dan ikhlas
~ Generasi yang bernasabkan Islam
~ Generasi da'awah dan jihad
~ Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
~ Generasi gagah dan agung
~ Ggenerasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa
kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para
pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada
pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara
beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Beberapa langkah bagi
meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah
(penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

~ Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
~ Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
~ Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
~ Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
~ Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
~ Belajar menerima teguran yang membina
~ Perakui kejayaan anda
~ Tetap merendah diri
~ Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
~ Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Insyaallah dengan kita memahami dan menghayati saranan di atas semoga
kita dapat menjadi insan yang mulia, mempunyai sifat mahmudah dan
kembali ke jalan yang benar, apa-apa yang baik itu datang dari Allah dan yang
buruk itu datangnya dari kejahilan kita sendiri, semoga Allah merahmati
perpaduan dan ukhuwwah Islam, memberikan kekuatan utk kita bersatu di
bawah panjiNya, meneruskan perjuangan ini dengan satu tekad, azam dan
iltizam yang baru... WAHDATUNA LIL ISLAM...

Sekian wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan