Jumaat, 13 Ogos 2010

MENGHADAPI KEMARAHAN ISTERI

> MENGHADAPI KEMARAHAN ISTERI
>
> Wahai suami yang mulia !
> Bersabarlah terhadap kekurangan isterimu, kerana dia-lah yang memasak
> makananmu, mencuci pakaianmu, menyusui dan mengasuh anak-anakmu, apakah
> engkau.. akan berpaling dan berlari kerana marahnya seorang isteri??
>
> Mungkin sifat pemarah itu timbul kerana engkau sebagai seorang suami
> tidak memberikan pengajaran agama dan hukum-hukum syari'at kepada
> seorang isteri, sehingga seorang isteri menjadi lepas dari pegangan dan
> membiarkan tali itu lepas menjauh..dan menjauh...
>
> Al-Qur'an pun turun memerintahkan kepada para suami untuk menggauli
> isteri dengan cara yang baik dan ma'ruf dan bersabar terhadapnya,
> sebagaimana firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
>
> "Ertinya : Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) secara patut.
> Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana
> mungkin kalian tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya
> kebaikan yang banyak" [An-Nisaa : 19]
>
> Kembali kepada masalah di atas, saya akan salinkan secara ringkas
> sebuah risalah yang berisi tentang "Kesalahan Yang Menimpa Sebagian
> Suami", terhadap isterinya, dari kitab Usroh Bila Masyakil (Rumah
> Tangga Tanpa Problema) oleh Syaikh Mazin bin Abdul Karim Al-Farih,
> Al-Haura, hal 19-39,77-79.
>
> KESALAHAN YANG MENIMPA SEBAHAGIAN SUAMI
>
> 1. Tidak memberikan Ta'lim (pengajaran) agama dan hukum-hukum syrai'at
> kepada isteri.
> - maka dijumpai adanya isteri yang tidak tahu bagaimana cara sholat
> yang benar.
> - diantara mereka ada yang tidak tahu hukum-hukum haid dan nifas !!
> - diantara mereka ada yang tidak tahu bagaimana bergaul yang sesuai
> syari'at dengan suaminya.
> - atau bagaimana cara mendidik anak-anaknya dengan pendidikan yang
> islami.
>
> 2. Mencari-cari kesalahan dan menyelidiki aib isterinya.
>
> 3. Berbuat zalim terhadap isteri dengan menjatuhkan hukuman-hukuman
> yang tidak sesuai dengan kesalahan yang diperbuatnya.
>
> 4. Termasuk kesalahan suami dalam hak isterinya adalah mengurangi
> nafkah.
>
> 5. Bersikap keras, kaku dan tidak lembut terhadap isteri.
> Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
> "Ertinya : Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling
> baik di antara mereka akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang
> paling baik terhadap isterinya" [ Diriwayatkan Tirmidzi dalam kitab
> "An-Nikah". Ia berkata hadith hasan shahih. Lihat 'Silsilah Al-hadits
> Shahihah' oleh Al-Bany no 284]
>
> 6. Suami menganggap rendah dan enggan membantu isterinya dalam
> pekerjaan rumah. Bahkan sebahagian orang-orang bodoh menganggap hal itu
> termasuk menghilangkan sikap kejantanan.
>
> 7. Menyebarkan rahsia isteri dan keaibannya. Padahal Nabi Shallallahu
> 'alaihi wa sallam bersabda. "Seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi
> Allah pada hari kiamat adalah suami yang bergaul (bercampur) dengan
> isterinya dan isteri yang bercampur dengannya, kemudian ia menyebarkan
> rahsia isteri" [Diriwayatkan Muslim dalam 'An-Nikah' (bab Tahrim
> Ifsya'i sirril Mar'ah]
>
>
> Wahai suami yang penyayang..
> Ketahuilah, tinggalnya seorang isteri di rumah tidak memberikan
> kesempatan untuk beristirahat dan menikmati ketenangan, kerana di
> sisinya ada anak-anak yang harus diasuhnya dan dididiknya agar mereka
> membesar dengan baik. Semua itu memerlukan
> kesungguhan diri, hati dan jasmani darinya yang lebih besar dari
> kesungguhan yang harus engkau curahkan di pejabat mu atau pada
> pekerjaan mu. Andai engkau menukar
> ganti tugas dengannya, engkau tidak akan mampu mengerjakannya walau
> hanya sesaat di siang hari.
>
> Bacalah kisah berikut ini sampai selesai agar jelas maksudnya bagimu.
>
> Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar Ibnul Khaththab
> Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ia
> berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu ia mendengar isteri
> Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar
> diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda
> itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan
> Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan ia seorang amirul mukminin,
> maka bagaimana dengan keadaanku ?".
>
> Umar keluar dan ia melihat orang itu berbalik (pergi) dari pintu
> rumahnya, maka Umar memanggilnya dan berkata : "Apa keperluanmu wahai
> pemuda ?" Ia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang
> hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang
> membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun
> kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama
> isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?"
>
> Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas
> sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku,
> yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui
> anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana
> itu aku bersabar atas sikapnya".
>
> Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku".
> Berkata Umar : "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab
> Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179 cetakan Darun Nadwah Al-Jadidah]
>
> Oleh kerana itu lihatlah kebaikan/kelebihan isterimu setiap engkau
> melihat kekurangan darinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan