Bagaimana kita menyambut Ramadan?
كيف نستقبل رمضان؟
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، أما بعد:
Ramadan di anggap sebagai bulan termulia didalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran didalam bulan Ramadan menjadikan bulan ini sangat mulia dan istimewa. Didalamnya terdapat pelbagai-bagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkat qualiti keimanan dan ketaqwaan masing-masing. Bulan Ramadan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian dimana pada bulan ini umat islam diwajibkan berpuasa. Artikel kali ini akan memaparkan bebarapa fatwa-fatwa pilihan berkenaan dengan adab-adab puasa, permasalahan niat, waktu sahur dan berbuka, dan juga solat terawikh.
a. Mukadimah Ramadan - Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz[2]
Firman Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas mereka yg terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa" .
Didalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebihan, baik dari segi keinginan kearah kepuasan dan kehendak syahwat didalam satu jangkamasa waktu, bagi mereka terdapat banyak faedah-faedah baik dari aspek kesihatan maupun kearah kerohanian. Seorang Muslim akan merasai kelaparan yg dilalui oleh seorang Muslim yg lain tanpa makan atau minum, sebagaimana yg terjadi kepada saudara-saudara kita di Afrika.
Bulan ramadan adalah bulan yg diutamakan, Allah swt telah menurunkan Al-Quran [pada bulan ini] dengan firmannya : {شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ } "Pada bulan Ramadan diturunkannya Al-Quran yg menjadi petunjuk kepada manusia, bukti kepada hidayah dan kayu pengukur" dan dimalam yg baik dari seribu bulan firmannya :{إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ }"Sesungguhya telah diturunkannya di Malam Qadar. Apakah kamu tahu apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan" . Diampunkan dosa-dosa mereka yg lepas jika mereka berpuasa dengan penuh iman dan azam. Sebagaimana disahkan oleh sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. katanya : telah bersabda Rasulullah saw : {من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه } "Barangsiapa yg berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah telah mengampun dosa-dosa yg telah lalu, dan barangsiapa yg qiam dimalam bulan Ramadan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah swt akan mengampunkan dosanya yg telah lalu, dan barangsiapa yg berqiam dimalam Lalitul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yg terlalu" - dipersetujui oleh semua perawi.
Kewajipan berpuasa menjaga dirinya dari melakukan perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan, dan mencegah dari melakukan semau keburukan, lebih banyak baginya membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh didalam melakukan amal ibadat khusus didalam 10 terakhir Ramadan.
b. Bagaimana kita menyambut Ramadan? - Dr Abdul Satar Fathullah Sa'ed (pensyarah Al-Azhar)[3].
Segala pujian bagi Allah dan selawat & salam kepada Nabi Muhammad saw : adalah menjadi tabiat para tabien apabila masuk Rejab mereka akan berdo'a kepada Allah akan do'anya : {اللهم بارك في رجب وشعبان وبَلِّغْنا رمضان}"Ya Allah berkatilah Rejab dan Sya'baan dan sampaikanlah kami kepada Ramadan - dan kami mengulangi do'a kemudian dilaporkan berkata : {اللهم بَلِّغْنا رمضان في خير وإنعام وإحسان يا رب العالمين}"Ya Allah sampaikanlah kepada kami kepada Ramadan didalam kebaikan, kenikmatan dan kebaikan, Ya Allah yg memerintah seluruh alam." Kepada itu, semua umat Islam harus menyambut Ramadan yg ditunggu-tunggukan dan dinantikan kerana Allah memilih untuk memberkati bulan ini mengatasi yg lain kepada umat Islam, agar mereka menyambut dengan cara keasliannya dan tempat kemanusiaan keseluruhannya dengan kebesaran hidayah! Sesungguhnya telah thabit didalam hadis sahih yg diriwayatkan oleh Wathala bin Al-Isqa' bahawa
أن الكتب السماوية جميعًا نزلت في شهر رمضان؛
"Sesungguhnya kitab samawiyah kesemuanya diturunkan pada bulan ramadan".
Untuk itu Allah swt telah meletakkan puasa didalam bulan ini dan juga qiam (solat), dan memeranjatkan kita dengan kebaikan yg sangat banyak dan amalan saleh didalamnya, sehingga kita meletakkan makna yg baik dan agama didalam jiwa, maka orang Islam berpuasa disiang hari dan pada malamnya berqiam dan memberi makan kepada saudara-saudaranya, membaca kitab dari Tuhannya (Al-Quran) dan tidak berjumpa umat di bumi peruntukan yg serupa ini seperti syariah yg besar didalam Al-Quran dalam didalam termasuk syariat bersolat, maka berhimpunlah semua umatnya baik dari kaum lelaki, perempuan, kanak-kanak, kaum belia dan orang tua di masjid-masjid, mereka mendengar, membaca dan menghafal dibulan yg berkat ini...Untuk ini menjawab respon tuan mengenai soalan :"Bagaimana hendak menyambut Ramadan" - kami menerimanya dgn niat yg baik. --- Kami memperbetulkan niat dan merindui untuk beribadat dengannya, dan merasakan bahawa Allah swt inginkan kami menyambut Ramadan berdasarkan syara' dan syariah Islam, dan bukannya syara' dan syariah jahiliyyah yg disebarkan dikalangan kita sekarang. ramai orang menghabiskan masa dengan mendengar lagu dan drama dan selain dari itu, sesungguhnya malam Ramadan itu ialah untuk melakukan qiam dan membaca Al-Quran, dan pada siang harinya berpuasa dan bekerja. Tidaklah benar bahawa Ramadan itu merupakan musim memakai minyak wangi, sesungguhnya ialah ia satu kerajinan dan bersemangat didalam jalan Allah swt. Ia merupakan latihan dan pendidikan umat.
Disitu terdapatnya Perang yg besar berlaku didalam sejarah Ramadan dan kita menyatakan bahawa Perang Badar belaku pada bulan Ramadan, kita ketahui apa yg mereka lakukan, Ia mengingatkan mengenai peperangan dengan Tatar didalam bulan ramadan, dimana orang Islam telah mengalami kemenangan dan tidak ada seorang pun percaya dengannya. Untuk ini, kita harus memperbetulkan niat kita dan amalan kita. Dan kita jadikan bulan ini musim untuk melakukan kebaikan dan keberkatan, Nabi saw belajar Al-Quran dari Jibril didalam bulan Ramadan, kemudian setelah ditinggalkan oleh Jibrail, Nabi saw lebih pemurahan didalam kebaikan dari tiupan kerasullan, dan Ramadan seharusnya menjadi musim mendidik akhlak. Bagi mereka yg merokok, memberontak terhadap seseorang dimana mereka menyebab ia memberontak, tidak ta'at sebagai seorang Islam baik secara jasmani dan rohani. .....maka orang Islam pada bulan Ramadan menjadi tenang dan merasa aman, maka jika ada orang yg menyakitkan hatinya atau berlaku buruk, maka katakannya : Sesungguhnya aku berpuasa....Sesungguhnya aku berpuasa, dan jangan membalas dengan keburukan, kerana Rasulullah saw telah bersabda : {إذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يفسق والمسلم يتعلم في هذا الشهر من ألوان التربية الخلقية والعملية الكثير والكثي}"Apabila seseorang dari kamu berpuasa, dan tiada berkata buruk dan tiada melakukan dosa, maka orang Islam itu banyak belajar didalam bulan ini dari jenis pendidikan akhlak dan amalan/latihan yang banyak & banyak."
c. Adab-adab didalam bulan Ramadan - Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tertinggi fatwa Palestine[4]
Diantara adab-adab majlis didalam Ramadan ialah:
Pertama : Sabar keatas musibah dan kecaman yg menimpa, Rasulullah saw berkata :-pada hari Ramadan jika seseorang menyakitkan hati atau menyalah gunakan maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.
Kedua : Majlis ini digalakkan bertaqwa kepada Allah Maha Suci keatasnya sesungguhnya kerana Ramadan merupakan meupakan bulan ketaqwaan sebagaimana didalam firmannya "Wahai orang yg beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yg terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa".
Ketiga : Penjagaan keatas tidak mengumpat dan mengadu domba (gossip) didalam majlis ini kerana mengumpat dan mengadu adalah diharamkan secara mutlak didalam bulan Ramadan dan selain dari Ramadan, tetapi pengharamannya lebih jelas dengan banyaknya di bulan Ramadan.
Keempat : Peringatakan kepada amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah saw telah bersabda : {من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم}"Barang siapa yg tidak kisah mengenai keadaan seorang Islam dan bukanlah ia dari mereka".
Kelima: dibulan yg mulia ini diharapkan dapat mengambil tahu hal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan(tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah swt : {يا أيها الذين آمنوا قو أنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس والحجارة} "Wahai orang yg beriman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka, yg bahan pembakarnya adalah manusia dan batu-batu".
Mengenai apa yg baik diperlakukan di bulan yg mulia, maka nasihat saya pada diri saya dan semua saudara-saudara Islam ialah menggunakan malam didalam bulan Ramadan seperti berikut :
1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat jumaat dan menghadiri majklis ilmu.
2. Menghadiri solat terawikh khasnya bagi lelaki, tiada ada larangan kehadiran wanita melakukan solat dan kepada mereka terdapatnya ganjaran.
3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yg berkemampuan didalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam dibulan Ramadan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan didalam kewajipan seharian khususnya bagi didalam mencari reski.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan makna menggunakannya didalam wirid harian sebagai sebahagian dari pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya, jika sekali membaca Al-Quran dibulan yg mulia ini, maka Allah akan memberi ganjaran yg besar.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yg memerlukan, mereka yg berjihad dijalan Allah dan sumbangan kepada projek yg baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturrahim dan ziarah didalam bulan Ramadan.
8. Dilarang melakukan kejahatan terhadap orang Islam dan larangan melakukan perkara yg tidak baik terhadap jiran lebih-lebih lagi Iman dan Islam melarang melakukan kejahatan secara umum terhadap seorang Islam khususnya jiran sebagaimana sabda Nabi saw : {المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده}"Seorang Islam ialah yg menyelamatkan seorang Islam yg lain dari lidah dan tangan".
d. Terlupa niat puasa. Apakah sah puasa? - Sheikh Atiyah Saqr[5]
Niat didalam puasa, tidak boleh lari darinya, dan tidak sah tanpanya, Ramai ulama' yg mengisyaratkan niat pada setiap hari, dan ada yg berpuas hati dengan menyatakan niat malam permulaan ramadhan untuk keseluruhan bulan, waktunya ialah bila terbenamnya matahari sehingga terbit fajar, jika seseorang itu berniat didalam mana-mana jam didalam waktu malam maka itu mencukupi, dan tidak memudharatkan jika ia makan atau minum selepas niat kerana semua nya berlaku sebelum fajar, Riwayat Ahmad, Abu daud, An-Nassai, Ibnu Majah dan Tirmizi bahawa Nabi saw bersabda :
من لم يجمع الصيام قبل الفجر فلا صيام له
"Sesiapa yg tidak niat berpuasa sebelum fajar, maka tiada puasa untuknya".
Tidak ada syarat melafazkan niat dengannya, sesungguhnya tempatnya di hati (qalb), Jika ia berazam dengan hatinya maka cukuplah puasa atasnya itu, walaupun ia berniat puasa semasa sahur, atau dia minum sehingga ia tidak merasa dengan bersin disiang hari, niatnya sudah mencukupi, Jika ia tidak melakukan perkara tersebut semasa malam hari maka tidak sah puasanya, keatasnya qada' puasa. Ini dalam puasa Ramadhan. Bagi puasa sunat pula, sah niat pada siang hari, sebelum zawal (tergelincir) matahari.
e. Bila waktu sahur & berbuka? -- Sheikh Atiyah Saqr[6]
Maka waktu imsak (menahan diri) apabila bermulanya azan solat fajar dengan takbir, dan berbuka apabila terbenamnya matahari menandakan masuk waktu Magrib. Maka berpuasalah dari makan dan minum, hatta jika dia mendengar muazzin melaungkan takbir dan didalam mulutnya mengandungi makanan dan minuman maka wajib ia membuangnya dan tidak dibenar menelannya, maka sahlah puasanya. Akan tetapi adalah lebih afdal ia menghabiskan makanannya sebelum azan dengan waktu yg mencukupi, maka ia menahan diri sehingga mencapai malam dan ia yakin bahawa matahari terbenam dengan mendengar azan Magrib, atau sehingga mendengar pengumuman masuknya waktu solat, atau melihat matahari terbenam sepenuhnya jika ia tidak mendengar azan. Jika ia menunggu sehingga azan habis maka puasanya sah. Sheikh Atiyah Saqr, bekas Lujnah fatwa Al-Azhar berfatwa bahawa : Apabila mengetahui bahawa muazzin tidak melaungkan azan setelah ia mengetahui datangnya fajar, maka mereka yg sedang makan dan minum dan muazzin membenarkan fajar, maka batallah puasanya, dan bagi sesiapa berbuka pada akhir harinya dengan mendengar azan Magrib maka puasanya sah, kerana azan menandakan berakhirnya siang dan masuknya malam. Dan adalah lebih afdal jika ia menunggu sehingga benar-benar masuk malam, dan bermula imsak sebelum zan fajar! Sehingga terbitnya siang dengan azan, dan dipastikan malam berakhir! dan sesiapa yg khautir dengan kehadiran fajar, dan ingin berbuka sehingga akhirnya azan solat, dan mereka berbuka berdasarkan pengiraan waktu ini. Itulah yg melebihi yg disepakati. Yg sahnya adalah pada waktu tempatan yang dipersetujui.
e. Kesilapan didalam waktu berbuka dan sahur - Sheikh Dr. Yusuf Qardhawi[7]
Amat mashyur dari mazhab-mazhab bagi barangsiapa merasakan ia bersahur pada malam hari, kemudian mengetahui bahawa sahurnya atau sebahagian darinya diambil setelah fajar atau berbuka apabila merasakan matahari telah terbenam kemudian mengetahui bahawa ia masih belum terbenam. Maka ini adalah puasanya, maka ia menjadi batal, keatasnya menahan diri dari baki hari seterusnya, tiada dosa keatasnya, kerana tidak sengaja. Keatasnya terdapat qada'.
Tetapi menurut Aba Mohammad bin Hazam, beliau melihat puasa itu sah segi dua keadaan, kerana dia tidak ingin membatalkan puasanya, dimana pada perasaannya berpuasa, pada masa yg sama di terlupa, kedua-duanya berkeyakinan melainkan ia berpuasa, tiada bezanya, berfirman Allah swt :({وليس عليكم جناح فيما أخطأتم به ولكن ما تعمدت قلوبكم} - Dan bukanlah keatas kamu dosa jika kamu keatas apa yg kamu lupa dan tetapi apa yg hati kamu inginkan) dan bersabda Nabi saw :-"Allah mengatasi kesalahan dan kelupaan umatnya dan apa yg mereka benci keatasnya".
Dan katanya : Ini adalah perkataan jumhur ulama' salaf, dan merawikan dengan sanadnya :Sesungguhnya mereka berbuka pada zaman Umar ibn Al-Khattab, beliau keluar dengan cawan dari rumah Hafsa, kemudian beliau minum sehingga matahari keluar dari awan, maka syak (kesusahan ) dikalangan manusia mereka berkata :"Kita menqada' hari ini", kemudian Umar bertanya :"Kenapa? demi Allah telah melepaskan kami dari dosa!! Dari Mujahid, katanya :"Barangsiapa yg makan setelah terbit fajar dan pada keyakinannya ia belum terbit lagi, maka bukanlah keatasnya qada'. Sesungguhnya Allah swt berfirman : "Sehingga jelas kepada kamu garisan putih dan garisan hitam dari fajar". Misalannya riwayat dari Hakim bin Utaibah, Hasan Al-basri, Jabbir bin Zaid, Ata bin Rabah, Urwah bin Zabair dan Daud bin Al-Zahri berkata.
Dalil Ibnu Hazam kuat dan jelas, dan maka adalah lebih kuat dan lebih sahih bagi sesiapa yg makan pada malam hari selepas fajar, kerana Al-Queran membenarkan makan dan minum sehingga fajar jelas kelihatan, dan sesiapa yg sahur dan percaya ia masih malam dan tidak jelas padanya telah masuk fajar. Untuk itu kami melihat penyelidikan keatas puasa dan keupayaan yg terbatas, khususnya pengetahui mengenai terbenam matahari dan masuknya malam, maka jika kita pastikan ketiadaannya dan berbuka, kemudian jelas ia masih percaya sebenar-benarnya melainkan dijelaskan kepadanya pada masa itu, berkata Allah swt :(Bertaqwalah kepada Allah dgn kemampuan kamu) dan Umar berkata :Demi Allah yg telah melepaskan kami dari dosa, persamaan ini ialah apabila kita mengadap kepada qiblat kemudian mengetahui yg ia solat mengadap arah yg lain maka solatnya sah dan di terima. (maka mana-mana kamu nmengadapkan muka kamu maka disitulah wajah Allah).
f. Hukum melajukan solat Terawikh - Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi[8]
Thabit didalam dua kitab Shahih bahawa Nabi saw bersabda : {من قام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه} "Barangsiapa yg berqiam pada bulan Ramadan dengan imam dan keyakinan, telah diampunkan dosa-dosanya yg telah lalu". Allah swt telah mensyariatkan pada bulan Ramadan dimasa siang harinya berpuasa, dan disyariatkan melalui nabi saw agar mendirikan/menghidupkan malam Ramadan, menjadikan qiam itu sebagai penyebab pembersihan dosa dan kesalahan...akan tetapi qiam yg mengampunkan dosa, membersihan kotoran-kotoran, itulah yg tunaikan oleh seorang Islam secara sempurna dengan syaratnya, rukunya, adabnya dan batasannya. Dan telah kita ketahui bahawa toma'ninah adalah satu rukun dari rukun-rukun solat sebagaimana membaca Al-Fatihah, sebagaimana rukuk dan sujud... Rasululah saw apabila seorang yg melakukan kesalahan dihadapannya dan tidak menunaikan haknya dengan toma'ninah-toma'ninahnya maka baginda berkata kepadanya: {ارجع فصل، فإنك لم تصل " .. ثم علمه كيف تكون الصلاة المقبولة فقال له: " اركع حتى تطمئن راكعًا، واعتدل حتى تطمئن قائمًا، واسجد حتى تطمئن ساجدًا، واجلس بين السجدتين حتى تطمئن جالسًا وهكذا " }"kembali kepada solat, kerana kamu belum bersolat lagi"...kemudian mengajarnya bagaimana melakukan solat yg diterima (qabul) dan sabdanya :"sujud sehingga kamu bertoma'ninah didalam sujud, 'itidal sehigga kamu toma'ninah semasa berdiri, duduk diantara dua sujud sehingga kamun toma'ninah didalam duduk dan seterusnya" (Riwayat dua Sheikh dan sunan yg lain, dari hadis Abu Hurairah).. Toma'ninah didalam semua rukun-rukun ini tidak boleh tidak lari darinya, dan had toma'ninah terdapat perselisihan diantara beberapa ulama'.... Ada yg menjadikan tasbih sebagai bilangan masanya sebagaimana katanya :"Subhana Rabbiyal 'ala". (Maha suci engkau yg Maha Tinggi) sebagai contoh. Ada yg lain pula, seperti Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah meletakkan syarat jangkamasa toma'ninah didalam ruku' dan sujud berjumlah 3 kali tasbih... maka telah datang menjadi sunat membacanya 3 kali, dan sekurang-kurangnya tidak boleh lari darinya toma'ninah dgn dapat dipastikan dengan menyebut 3 kali tasbih.... dan firman Allah swt : {قد أفلح المؤمنون . الذين هم في صلاتهم خاشعون}"Berbahagialah orang mukmin. Mereka adalah orang khusyuk apabila melakukan solat" - Surah Al-Mukminun 1,2.
g. Apakah Solat Terawikh 11 atau 20 rakaat[9]? - Dr Ahmad Yusuf Sulaiman, Universiti Kaherah, fakulti Darul Ulum
Solat tarawikh atau solat qiam adalah sunnahnya dari sabda Nabi saw diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim didalam Kitab 2 Sahih :"Barangsiapa yg berqiam pada bulan Ramadan dengan imam dan keyakinan, telah diampunkan dosa-dosanya yg telah lalu" - mana-mana yg di motifkan kearah beriman kepada Allah - dan ikhlas keinginanya, akan memperoleh hisab dan ganjaran. Dan telah dibuktikan benar bahawa Nabi saw bersolat Ramadan untuk beberapa malam, maka ramailah berkumpul agardapat bersolat dibelakangnya, dan beliau tidak keluar kepada mereka, dan takala bertanyalah mereka mengenai perkara tersebut. Kata beliau :
خشيت أن تُفرَض عليكم فلا تطيقوها
"Aku takuti/bimbang di fardukan keatas kamu dan kamu tidak boleh bertoleransi dengannya".
Maka, syara' dan asal solat ini dari Rasulullah saw, dan menyebut tidak melakukan solat bersama mereka kerana takut ia difardukan keatas mereka. Kemudian orang Islam bersolat sebagaimana yg dilakukan oleh Khalifah Syaidina Umar bin Al-Khatab r.a, maka berkumpul orang ramai dgn 1 imam. Para ulama' berselisih pendapat mengenai jumlah rakaat. Hanafi, Shafi'ie, Ahmad dan Daud Al-Zahiri melakukan 20 rakaat, diikuti oleh Maliki menjadi 36 rakaat, dan selain dari itu melakukan 8 rakaat. Kesemuanya mempunyai dalil.akan tetapi dalil yg kuat dan hampir dgn kebenaran ialah melakukan 8 rakaat tanpa witir. Sebagaimana yg diriwayatkan didalam hadis sirah Ai'syah r.h. bahawa katanya : {ما كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يزيد في رمضان ولا في غير رمضان على إحدى عشرة ركعة}"Apa Rasulullah saw tambah didalam Ramadan dan tidak melainkan Ramadan ialah 11 rakaat - diriwayatkan oleh Bukhari dialam bab solat : qiam nabi - dimalam Ramadan dan selainnya. Tidak boleh dipersalahkan bagi sesiapa yg ingin bersolat 20 rakaat, 36 rakaat. Kerana pada mereka ia dianggap bukti dan menarik orang ramai membaca Al-Quran didalam setiap solat tarawikh semasa sepanjang bulan Ramadan, maka sesungguhnya membaca dan mendengarnya dengan tadabbur dan khusyuk didalam bulan Ramadan menjadi penting dan ia tidak menjadi rugi, kepada ganjaran dan petunjuknya dalam setahun dengan izin Allah swt. Sesungguh Allah swt mengkhaskan pada bulan Ramadan dengan berpuasa dan berqiam, sesungguhnya pada bulan ini diturunkan Al-Quran yg menjadi petunjuk dan hidayah kepada manusia.
h. Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?[10] - Sheikh Atiyah Saqr
Riwayat Bukhari dan yg lainnya dari Ai'syah r.h. sesungguhnya Nabi saw tidak menambah didalam bulan Ramadhan dan tidak mengurangkannya 11 rakaat. Beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 3 rakaat.Dan beliau berkata kepadanya [Ai'syah] :"dia bersolat 4 rakaat", tidak bertentangan dengan membuat salam setiap dua rakaat, dan Nabi saw bersabda : {صلاة الليل مَثْنَى مَثْنَى} "Solat dimalan hari dua rakaat, dua rakaat". Dan dia [Ai'syah]: { يصلِّى ثلاثًا}"dia bersolat 3 rakaat" - ini bermakna berwitir dengan 1 rakaat dan 2 rakaat.Riwayat oleh Muslim dari Urwah, dari Ai'syah r.h. katanya :
يصلِّي من الليل إحدى عشرة ركعة، يُوتر منها بواحدة، وجاء في بعض الطرق لهذا الحديث: يُسلِّم من كل ركعتين.
"Nabi saw solat pada waktu malam 11 rakaat, melakukan witir darinya 1 rakaat, dan datang dari jalan lain hadisnya :"beliau memberi salam pada setiap 2 rakaat".
Riwayat Ibnu Hibban ibnu Huzaimah dari 2 sahih, dari Jabir r.a. bahawa Nabi saw solat 8 rakaat dan 1 witir, mereka menunggunya di Qabilah tetapi beliau keluar kepada mereka. Ini adalah yg sah dari Nabi saw, dan tidak sah apa sahaja perkara yg tidak keluar darinya. Tetapi sah juga bahawa terdapat manusia yg solat menurut Umar, Uthman dan Ali rm - 20 rakaat. Ia merupakan pandangan jumhur fuqaha' Hanafi, Hanbali dan Daud.
Berkata Termizi :"Sangat banyak ulama' yg bersama pandangan Umar dan Ali dan selain dari keduanya para-para sahabat nabi saw - 20 rakaat. Dan ia adalah pandangan terbaru Ibnu Mubarak dan Syafi'ie. Dan berkata : {هكذا أدْركتُ الناس بمكة يُصلُّون عشرين ركعة، وذَهَب مالك إلى أنها ست وثلاثون ركعة غير الوِتر}"Saya mendapati orang di Mekah bersolat 20 rakaat, dan Malik telah bersolat 36 rakaat tidak termasuk witir". Al-Zulkani didalam syarah Al-Muwahib Al-Laddiniyah berkata :"Mengingatkan bahawa Ibnu Hibban mendahulukan solat tarawikh 11 rakaat, dan memanjangkan bacaannya, kemudian ia menjadi berat keatas mereka, mereka memendikkan bacaan dan menambah jumlah rakaat. Mereka bersolat 20 rakaat baik genap atau ganjil mereka melakukan bacaan yg sederhana. Mereka mengurangkan bacaan dan menjadikan jumlah rakaat 36 dan bukannya genap dan ganjil. Dan perkara pun terus berlalu. Ini, telah disebut oleh Al-Hafiz didalam riwayatnya : perbezaan adalah dari segi panjang pendiknya sesuatu bacaan, maka dimana bacaannya dipanjangkan maka rakaat dikurangkan, dan begitulah sebaliknya. Al-Hafiz menyebut bahawa orang Madinah bersolat 36 rakaat menyamai qualiti orang Mekah, sesungguhnya mereka bertawaf 7 kali pusingan diantara setiap solat tarawikh, Maka jadilah ahli Madinah tempatnya ialah setiap 7, 4 kali rakaat.
Penutup
Untuk membicarakan fadilat puasa, memang tidak dapat dikira banyaknya. Dr Atiyah Saqr, bekas pengerusi Fatwa Al-Azhar apabila membicarakan mengenai fadilat ramadan, beliau telah memetik sebuah hadis[1] daripada Salman, Khutbah Rasulullah saw menyambut kedatangan Ramadan :
من أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، ومن تقرب فيه بسنة كان كمن تقرب بفريضة، وأنه شهر الصبر والصبر ثوابه الجنة، وشهر يزاد فيه في رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار، شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار
"Bahawasanya barang siapa yg menunaikan perintah fardu maka akan dijadikan 70 kali sebagaimana yg dilakukannya, dan barangsiapa melakukan sunat adalah sebagaimana menunaikan amalan fardu, sesungguhnya ia adalah bulan sabar, dan sabar itu adalah ganjaran syurga, bulan yg ditambah reski orang Mukmin, barang siapa yg melakukan puasa akan diampunkan dosa dan dibebaskan tengkuknya dari api neraka, Awal bulan adalah RAHMAT, Pertengahan bulan adalah PENGAMPUNAN dan akhirnya diBEBASKANKAN DARI API NERAKA"
Apa yang boleh kita lakukan ialah mempertingkatkan qualiti ibadat puasa kita (dengan ilmu pengetahuan) agar ia menjadi lebih baik dari tahun lepas. Kita isikan Ramadan dengan membaca Al-Quran, Solat Terawikh, Salat Tahajjud dan ibadat-ibadat sunat yg lain. Sebagai mengakhiri artikel ini, dipaparkan petikan fatwa dari Dr. Muzammil H. Siddiqi[11], Pengarah ISNA (Islamic Society of North America) :
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
"Maha Suci Allah yang di tangannyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan Mati dan Hidup, supaya dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan dia Maha Perkara lagi Maha Pengampun."
(Al-Mulk: 1-2)
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا
Dan juga Firmannya : "Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau ingin bersyukur." (Al-Furqan: 62)
Hidup dan Mati, Perginya Malam dan Siang mempunyai tujuan tertentu, iaitu menguji kita dan memberi kita peluang bagi menyatakan rasa terima kasih kita dan syukur kita kepada Tuhan Pencipta. Bulan Ramadan datang dan pergi. Kita harus memeriksa diri kita sekarang dan lihat apa yg telah kita pelajari dan kita capai didalam bulan ini.
==============
wallahu'alam
susunan oleh kamin (Khairol Amin),
2 ramadan 1423
wassalam
-----------------
Rujukan :
1. Shiekh Atiyah Saqr. Fadilat Ramadan. Fatwa IslamOnline, 2001.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37067
2. Abdul Aziz bin Baaz. . Majmu' Fatawa . url : http://www.binbaz.org.sa/Display.asp?f=Bz00239.htm
3. Dr Abdul Satar Fathullah Sa'ed. Bagaimana kita menyambut Ramadan?. Fatwa IslamOnline, 2000.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=19043
4. Dr Ahmad Abu Halabiah Adab didalam Bulan Ramadan. Live Fatwa (31-10-2002) IslamOnline, 2002.
url : http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=8I3Ww6
5. Sheikh Atiyah Saqr. Terlupa Niat Puasa. Fatwa IslamOnline, 2000.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=3751
6. Sheikh Atiyah Saqr. Bila waktu berbuka & bersahur. Fatwa IslamOnline,
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37870
7. Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Kesilapan didalam waktu berbuka & bersahur. Fatwa IslamOnline, 2000.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=15690
8. Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Melajukan Solat Terawikh. Fatwa IslamOnline, 2001.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1332
9. Dr Ahmad Yusuf Sulaiman. Apakah Solat Terawikh 11 atau 20 rakaat?. Fatwa IslamOnline, 2002.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=63243
10. Sheikh Atiyah Saqr. Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?. Fatwa IslamOnline, 2000.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10709
11. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Berpuasa di bulan Ramadan. Fatwa IslamOnline, 2002.
url : http://www.islamonline.net/fatwaapplication/english/display.asp?hFatwaID=56808
Tiada ulasan:
Catat Ulasan