Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Bersedialah untuk mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi diri kamu, serta pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa lemah. Sekiranya kamu ditimpa sesuatu, janganlah kamu mengatakan: Jika aku berbuat begini sudah tentu akan terjadi begitu dan begini. Tetapi katakanlah: Apa yang telah ditentukan oleh Allah dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi kerana kata-kata "jika" itu boleh membuka laluan kepada syaitan.
(Hadis riwayat Imam Muslim).
Kesimpulan Hadis:
1- Seseorang hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya sama ada perkara yang berkaitan dengan perintah agama ataupun perkara yang berkaitan dengan urusan keduniaan dan sentiasa meminta pertolongan kepada Allah s.w.t untuk merealisasikannya.
2- Hadis ini memberi petunjuk supaya patuh kepada perintah Allah s.w.t dan redha terhadap Qada dan QadarNya serta menghindarkan diri dari mengungkitkan perkara yang telah lalu kerana tindakan tersebut boleh membawa kerugian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan