Ahad, 15 Ogos 2010

Menghadapi karenah isteri

Menghadapi Kerenah Isteri
Wahai suami yang mulia !

Bersabarlah terhadap kekurangan isterimu, kerana dia-lah yang memasak makananmu, mencuci pakaianmu, menyusui dan mengasuh anak-anakmu, apakah engkau.. akan berpaling dan berlari kerana marahnya seorang isteri??

Mungkin sifat pemarah itu timbul kerana engkau sebagai seorang suami tidak memberikan pengajaran agama dan hukum-hukum syari'at kepada seorang isteri, sehingga seorang isteri menjadi lepas dari pegangan dan membiark! an tali itu lepas menjauh.. dan menjauh...

Al-Qur'an pun turun memerintahkan kepada para suami untuk menggauli isteri dengan cara yang baik dan ma'ruf dan bersabar terhadapnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

"Ertinya : Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) secara patut. Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" [An-Nisaa : 19]

Kembali kepada masalah di atas, saya akan salinkan secara ringkas sebuah risalah yang berisi tentang "Kesalahan Yang Menimpa Sebagian Suami", terhadap isterinya, dari kitab Usroh Bila Masyakil (Rumah Tangga Tanpa Problema) oleh Syaikh Mazin bin Abdul Karim Al-Farih, Al-Haura, hal 19-39,77-79.

KESALAHAN YANG MENIMPA SEBAHAGIAN SUAMI

1. Tidak memberikan Ta'lim (pengajaran) agama dan hukum-hukum syrai'at kepada isteri.

- maka dijumpai adanya isteri yang tidak tahu bagaimana cara sholat yang benar.

- diantara mereka ada yang tidak tahu hukum-hukum haid dan nifas !!

- diantara mereka ada yang tidak tahu bagaimana bergaul yang sesuai syari'at dengan suaminya.

- atau bagaimana cara mendidik anak-anaknya dengan pendidikan yang islami.

2. Mencari-cari kesalahan dan menyelidiki aib isterinya.

3. Berbuat zalim terhadap isteri! dengan menjatuhkan hukuman-hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan yang diperbuatnya.

4. Termasuk kesalahan suami dalam hak isterinya adalah mengurangi nafkah.

5. Bersikap keras, kaku dan tidak lembut terhadap isteri.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik di antara mereka akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya" [ Diriwayatkan Tirmidzi dalam kitab "An-Nikah". Ia berkata hadith hasan shahih. Lihat 'Silsilah Al-hadits Shahihah' oleh Al-Bany no 284]

6. Suami menganggap rendah dan enggan membantu isterinya dalam pekerjaa! n rumah. Bahkan sebahagian orang-orang bodoh menganggap hal itu termasuk menghilangkan sikap kejantanan.

7. Menyebarkan rahsia isteri dan keaibannya.

Padahal Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah suami yang bergaul (bercampur) dengan isterinya dan isteri yang bercampur dengannya, kemudian ia menyebarkan rahsia isteri" [Diriwayatkan Muslim dalam 'An-Nikah' (bab Tahrim Ifsya'i sirril Mar'ah]

Wahai suami yang penyayang..

Ketahuilah, tinggalnya seorang isteri di rumah tidak memberikan kesempatan untuk beristirahat dan menikmati ketenangan, kerana di sisinya ada anak-anak yang harus diasuhnya dan dididiknya agar mereka membesar dengan baik. Semua itu memerlukan kesungguhan diri, hati dan jasmani darinya yang lebih besar dari kesungguhan yang harus engkau curahkan di pejabat mu atau pada pekerjaan mu. Andai engkau menukar ganti tugas dengannya, engkau tidak akan mampu mengerjakannya walau hanya sesaat di siang hari.

Bacalah kisah berikut ini sampai selesai agar jelas maksudnya bagimu.

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar Ibnul Khaththab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ia berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu ia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya.

Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan ia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar dan ia melihat orang itu berbalik (pergi) dari pintu rumahnya, maka Umar memanggilnya dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?"

Ia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?"

Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya".

Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku".

Berkata Umar : "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..."

[Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179 cetakan Darun Nadwah Al-Jadidah]

Oleh kerana itu lihatlah kebaikan/kelebihan isterimu setiap engkau melihat kekurangan darinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan