Khamis, 12 Ogos 2010

Kenal Isteri, Maka Kenallah Masyarakat.

1.fokus bukan tentang perkahwinan itself
2.fokusnya kepada find good in others(manusia, haiwan, events, etc)

“Kamu akan cepat mengenali masyarakat bila kamu dah kahwin nanti” begitulah nasihat rakan saya di England satu ketika dulu. Ketika itu saya belum berkahwin dan agak kurang faham apa yang dimaksudkannya.

Kini setelah 22 tahun berumah tangga – ungkapannya itu semakin jelas maksudnya. Rupa-rupanya bagaimana kita mengendalikan pasangan (suami / isteri) kita itu akan mempengaruhi bagaimana kita mengendalikan masyarakat.

Walaupun isteri/suami kita itu hanya seorang (mungkin tidak bagi seorang lelaki yang berkahwin lebih dari satu) – tetapi ragamnya itu seolah-olah mewakili masyarakat sekeliling kita.

Kita akan belajar bagaimana hendak menerima kelemahan dan menghargai kekuatan yang ada pada isteri kita. Kekadang kita para suami ini tidak adil – mengharapkan
isteri tu macam Aishah – tapi diri sendiri tak pulak nak jadi macam Rasulullah – begitu jugalah sebaliknya.

Untuk menghargai kekuatan sesaorang itu bukanlah satu perkara yang mudah. Kita sering menumpukan perhatian kepada kelemahan sesaorang. Kesian tengok si isteri tu
– terutama yang bekerja sepenuh masa di rumah [ ni tak – bila isteri tu suri rumah dikatakan – isteri I tu tak kerja – kesian dia…. ] bertungkus lumus membasuh, memasak dan menguruskan anak-anak di rumah, jarang kita hendak mengeluarkan kata-kata penghargaan. Yang tercetus dimulut ialah apabila isteri lambat masak, contohnya : “You buat ape kat rumah ni …. dok tengok cerita cina ajee…” kebetulan masa tu isteri sedang berehat depan TV menyaksikan cerita cina dengan penuh tekun sekali…. Dia dah target nak masak simple aje petang tu sebab badannya dah tak larat ….

Saya pernah bercuti dan lihat sendiri bagaimana isteri saya cuba mengendalikan rumah … kussss semangat …. Kalau basuh baju tu kekadang 4 kali basuh mesen 9 kg.
Saya hanya mampu membilas dan memasukkan baju dalam mesen … yang menyidaikannya, mengangkat dan melipatkannya tu…. . Kekadang saje nak usik si isteri …. Buat ape kat rumah tadi.. walaupun saya dah jangka jawapannya – “main main aje …”

Kekadang tanya juga kat isteri – “sakit tak masa nak bersalin dulu” …. Walaupun dah tahu apa jawapannya. Saya berpeluang melihat secara live kelahiran 6 dari 9 orang anak saya …. Allah sahaja yang tahu betapa besarnya pengorbanan yang telah dicurahkan oleh isteri kita masing-masing …. Air mata gembira ini bercucuran keluar tanpa disedari apabila keluar sahaja anak itu setelah melihat betapa siksanya si isteri menanggung kesakitan. Itupun sudah cukup bagi kita untuk
mengatakan pada isteri – “dahlah Yang .. biar segala kerja rumah ni abang buat …Yang dah berkorban cukup banyak” … tapi mana ada isteri yang akan meredhakan
perkara itu. Istilah “penat” itu seolah-olah tidak wujud dalam kamus mereka.

Yakinilah wahai suami dan juga isteri – jika amalan menghargai pasangan kita itu di lakukan dalam rumahtangga – ianya akan tertumpah pada masyarakat di luar sana. Kita akan mudah menghargai kekuatan dan memaafkan kelemahan orang lain. Jika kita nak betulkan kelemahan orang lain pun – kita akan lakukan dengan penuh hikmah sepertimana juga jika kita nak menegur isteri kita tersayang – terutama masa datang bulannya.

Dalam satu kajian dibuat oleh orang barat yang mengkaji ramai orang yang hebat-hebat dan berjaya di dunia ini – mereka ada satu sifat yang sama – “they
are good finders. They find good in others” Mereka melihat kebaikan dalam setiap orang. Inilah juga formula bagi kita nak mengendalikan anak kita yang agak “ligat” atau mengendalikan rakan yang agak liar – cuba fokus pada kebaikan, kehebatan dan kekuatan yang ada pada mereka – sedikit demi sedikit kita akan lihat perubahannya ….cubalah …. Nobody is perfect except Allah swt.

Wassalam
Dr Hishamuddin Alham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan